CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 28 December 2011

pERsAHaBaTAn

-memilih persahabatan-
Pandai-pandailah memilih kawan sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan "


-Tanda Persahabatan kerana Allah-



Sesungguhnya ikatan aqidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Seorang muslim tidak berjalan di sebatang jalan yang aman, tetapi jalan yang dilaluinya penuh onak dan duri, penuh lumpur lecak yang licin dan penuh dengan fitnah pesona dan tipu daya. Dia ditunggu oleh penyamun dan syaitan dari bangsa jin dan manusia yang sentiasa mengintip-intip di setiap langkah. Kadang-kadang datang kepadanya masa kelesuan, kelalaian, kelekaan, kelupaan ataupun mengikuti pujukan syaitan. Kalau dia dibiarkan tinggal keseorangan di dalam suasana sedemikian, dia akan hanyut terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan.


"Orang mukmin tidak membiarkan saudaranya
 menyerahkan diri kepada syaitan dan membiarkan
 ia melakukan ketelanjuran
tetapi..
 mereka akan mencarinya, memanggilnya,
 memberi peringatan kepadanya,
menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsunya"


anat0my of a believer

Sejernih Fikrah Al-Qaradhawi

Syeikh al-Qaradhawi melarang taksub kepada pemikirannya. Kata Syeikh yang berfikiran jernih ini agar menjadi "murid-murid' kepada pemikiran bukan "hamba" kepada pemikiran. Maka, sebagai murid, tiada masalah bagi memuliakan gurunya. Kami sayang Syeikh Al-Qaradhawi kerana Allah, lebiu.

“Ya” atau “Tidak”

Berkata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, "Ada pemahaman yang wajib kita jernihkan dengan sejernih-jernihnya dengan kata "ya" atau "tidak".

“Ya” untuk ilmiyah (keilmuan).
“Tidak” untuk ilmaniyah (sekularisme[1]).

“Ya” untuk interaksi budaya.
“Tidak” untuk serangan budaya.

“Ya” untuk negara Islam.
“Tidak” untuk negara teokrasi[2].

“Ya” untuk modernisasi.
“Tidak” untuk westernisasi.

Islam Yang Kami Serukan

Berkata Syeikh ini lagi,
"Islam yang kami serukan adalah:
Islam masa awal, iaitu Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah,
Islam yang membuka kemudahan[3] bukan memberatkan,
Islam yang memberi khabar gembira bukan membuatkan orang lari.

Islam yang kami perjuangkan adalah:

Islam yang mengedepankan kelembutan,
yang saling mengenal bukan saling mengingkari,
Islam yang toleransi dan tidak fanatik,
yang substantif[4] dan bukan formalistik[5],
yang mengedepankan kerja keras bukan perdebatan tanpa hujung,
yang kontributif (menyumbang) dan bukan sloganistik (sekadar melaung slogan),
yang mengedepankan ijtihad dan bukan taklid.
Islam yang kami serukan adalah yang menyeru kepada tajdid (pembaharuan) dan anti kejumudan,
yang kukuh dan tidak goyah,
yang moderat (pertengahan) dan tidak ekstrim."
Islam yang kami tolak ialah:
yang mengajak fatalisme[6] dalam akidah,
formalitas dalam ibadah,
negatif dalam moraliti,
parsial[7] dalam pemikiran,
tekstual[8] dalam penafsiran,
zohiriyah[9] atau harfiyah[10] dalam fikih dan
penampilan luar dalam kehidupan."
(apa yang ana faham, kata-kata Syeikh al-Qaradhawi daripada Islam yang kami tolak ini bersifat umum, ada pengecualian-pengecualian dan perbahasannya yang lebih panjang).
Dipetik daripada Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi oleh Isham Talimah.



[1] Memisahkan agama dan negara.
[2] Bagi penganut teokrasi, teokrasi adalah bentuk kerajaan yang mana suatu kuasa ketuhanan mentadbir negeri insani duniawi, sama ada dalam bentuk jelmaan manusia, atau selalunya, melalui wakil institusi keagamaan (seperti gereja) yang mengambil tempat atau mendominasi kerajaan awam
[3] “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya.” (HR Bukhari)
[4] Hak asasi manusia antarabanga
[5] Terlalu berpegang kepada bentuk (ketentuan dan sebagainya) yang telah ditetapkan
[6] untung malang (kemalangan) yang tidak dapat dielakkan.
[7] Cebisan dari keseluruhan
[8] Melihat kepada zahir teks al-quran dan hadis semata-mata dan tidak melihat kepada kontekstual iaitu isi tersirat di sebaliknya
[9] Melihat yang zahir sahaja
[10] Melihat huruf demi huruf sahaja
 

between you and Allah


Assalamualaikum wmt wbt pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga hari-hari dalam kehidupan seharian kita dibawah lindungan rahmat dan keredhaan Allah. Ameeeen~
di sini saya ingin kongsikan artikel sebagai platfom untuk kita  bermuhasabah diri khas untuk diri ini dan anda semua... 


Saya masih teringat satu hadis mengenai hak seorang muslim terhadap seorang muslim dimana salah satunya ialah "apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya." 


Dan..




Pernah sekali saya meminta nasihat daripada seorang akak yang saya kenali namun saya tidak pernah berjumpa dengannya. Sehingga sekarang saya masih ingat nasihatnya dan masih berbekas di hati.


"If you are honest and frank, people may cheat you – but you be honest anyway. What you spend years building, someone could destroy overnight – but you build anyway. If you find happiness, they may be jealous – but you be happy anyway. The good you do today, people will often forget tomorrow – but you do good anyway.You see.. in the final analysis, 
it is between you and Allah – it was never between you and them anyway." 

(adapted from mother teresa's poem)



Sometimes we think too much about what other people think of us, how they see us. We try hard to fit ourselves into the society, we struggle to be accepted by other people, we fake ourselves just to follow the trend, we ignore our innerself just because we don't want to be strange. We are afraid to be different. At the end of the day, we are busy trying to please other people and not Him.

"We must move from asking God to take care of the things that are breaking our hearts, to praying about the things that are breaking His heart."

Maka, mari kita sama-sama muhasabah dan refleksi diri :)




hatI-haTi mErIsik

Assalamualaikum..
tdi ada laa baca artikel dalam blog Ustazah Fatimah Syarha..
mesti kenalkan..
menarik jugak..cerita tentang merisik..hehe,,
so,nak kongsi laa dengan kawan2..
ny link blog ustazah..
dipersilakan membaca...

HATI-HATI MERISIK



"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

*sebagai kesimpulannya..untuk merisik seseorang, kita perlulah mengenalinya dulu...ops! jangan silap langkah ye..mengenali seseorang itu perlulah didasari oleh kehendak syarak agar lebih diberkati dan yang penting diredhai oleh Allah...
Jika ada tambahan..bolehlah komen dibawah,amat dialu2kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...