CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 5 January 2012

Cinta Menurut Hassan al-Banna

klik tuk besarkan

klik utk besarkan


Assalamualaikum wbt.


Kali ni saya nak berbicara tentang cinta. Semua orang kat dunia ni bercerita tentang cinta kat mana-mana and tiap masa ada je update tentang cinta. Tapi semua tu tak menarik perhatian saya. Saya terbaca dalam "Detik-Detik Hidupku Hassan al-Banna" halaman 40 : 

‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan
satu soalan yang menarik,

 "Adakah bercinta itu halal atau haram?"

Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:

 "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."


Saya pun tersenyum juga membaca jawapan al-Banna ini =)...Jawapan yang genius sekali.


Indah kan bila banyak kata-kata indah dan janji manis dipendamkan dan disimpan elok-elok untuk diluahkan kepada yang berhak yang sudah sah menjadi milikmu. :) 
Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan untuk kali yang keseterusnya. Jadi, luah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta :)

Baik, itu sahajalah dari saya kali ini, jumpa lagi jika saya dipanjangkan umur lagi.



sumber dari: rusydee artz

♥ Pergilah Cinta ♥

 
بسم الله الرحمن الرحيم 


Pergilah cinta..
Hadirnya cinta hanya memberi gundah
Mengundang jiwa menjadi gelisah
Membuat hati yang tenang jadi tak tenteram
Membuahkan penyakit dalam diam
Menjadikan kita sakit dalam sihat

Pergilah cinta..
Walau terkadang hati berbunga riang
Namun nestapanya tetap ada
Menyesakkan dada dengan pelbagai gambaran
Hati menjadi sakit dek penangan cinta
Kenapakah mesti aku jatuh cinta?
Pergilah cinta..
Tidak mahu hati ini diasak dengan cinta
Cinta yang belum pernah pasti kesudahannya
Hati ini tidak menginginkannya
Jangan diketuk hati kosong itu dengan cinta
Kerana cinta boleh membuat hati merana!

Pergilah cinta..
Walaupun cinta itu fitrah
Tidak mahu hati ini dikotorkan dengan cinta
Cinta yang hanya dipenuhi nafsu dan angan-angan
Yang tidak tahu kemana hala
Yang hati ini mahu cinta daripadaNya..

Pergilah cinta..
Hati ini belum bersedia untuk menerima cinta
Jangan pernah sesekali diketuk hati ini
Kerana hati ini tidak rela untuk diisi oleh cinta
Hati ini mahu diisi dengan cahaya cinta yang hakiki
Yang datang daripada kalam-kalam suci daripadaNya..

Pergilah cinta..
Pergilah cinta manusia..
Pergilah cinta manusia adam..
Pergilah cinta manusia hawa..
Bukan saatnya lagi untuk kamu datang
Kerana tidak mahu kelazatan cintaku bersamaNya terhapus!

Ya Allah, 
jangan pernah kau izinkan hati ini 
mencintai sesiapa pun..
Sebelum tiba kadar waktunya..
Dan jangan pernah kau
Jeratkan kasih anak Adam
Terhadap diriku kiranya belum tiba masanya..
Aku ingin menuntut cinta yang suci dariMu Tuhanku..
Sesudah itu, aku menerima sesiapa saja 
Yang Kau ciptakan untukku..
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...