CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 26 April 2012

Tanda-tanda awal kanser




   
Kanser Pangkal Rahim  – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

  Kanser Payudara  – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari putting, pembesaran kelenjer di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

  Kanser usus besar  – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

   Kanser paru-paru  – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

  Kanser perut  – hilang berat badan, muntah berdarah, system pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

 Kanser limpa  – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

  Kanser ovari  – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih dalam.

  Kanser otak  – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

 Kanser prostat  – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

  Kanser darah (leukimia)  – letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.

Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjer membengkak di leher.



10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1.       Makanan
2.       Tembakau
3.       Alkohol
4.       Radiasi
5.       Sinaran cahaya matahari
6.       Pekerjaan
7.       Pengambilan ubat
8.       Pencemaran air dan udara
9.       Perokok yang aktif
10.   Keturunan


TEH DAN KANSER



Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di Negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim system “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.



DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA



1.       Hindari makanan berlemak dan bergoreng.
2.       Hindari makanan ringan yang masam.
3.       Kurangkan minum kopi dan minuman bergas.
4.       Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin.
5.       Ambil makanan mengandungi vitamin E, B6, dan evening primrose oil. 


Wednesday, 25 April 2012

cik paris diva kampung,,

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


kredit to: i luv Islam

hanya kerana 10 sen

kredit to: i luv Islam
"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab." (Surah Ali-Imran, 37)


semoga berjaya!!

Wahai perempuan yang bergelar MUSLIMAH



Semoga berjaya,

menjadi gadis mulia,
semulia diri Maryam.

Semoga berjaya,
menjadi wanita faqihah,
sebijak minda Aisyah.

Semoga berjaya,
menjadi perempuan tabah,
sekukuh hati Asiah.

Semoga berjaya,
menjadi srikandi kebanggaan,
sehebat jiwa Sumayyah.

Semoga berjaya,
menjadi perhiasan indah,
seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah.

Semoga berjaya,
menjadi perhiasan indah,
setulus kasih Khadijah.


"Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang mencari cintaMu. Perbaikilah diriku supaya menjadi wanita Muslimah"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...