nanti orang kata perigi mencari timba pulak kan..
hikhik...tapi, zaman sekarang nie orang dah x kisah dah..betul ke??
yaa,wanita juga perlu berusaha!!!...tapi bagaimana caranya?
haa,jom zra kongsikan bersama tips utk mencari jodoh khas utk gadis2 di luar sana...
- Berusaha untuk menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan di pinang dengan jalan yang syarak. *bak kata org2 "ku pinang kau dengan bismillah",,sweetnya...
- Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.
- Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
- Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.
- Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.
- Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
p/s : insyaAllah,,sama2lah kita berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik budi pekertinya..info nie zra petik daripada novel 'Denyut Kasih Medik' hasil karya Dr. Farhan Hadi..penuh informasi dan inspirasi untuk kgkawan yang ingin menjadi seorang doktor,,boleh dapatkan dipasaran ye!!








