Sahabat Selamanya Slideshow: Iera’s trip to 3 cities including and Kedah was created with TripAdvisor TripWow!
Friday, 7 September 2012
Friday, 6 July 2012
checklist akidah 1
"Muslim"..apa itu muslim?? Muslim: Orang Islam. Mukmin: Orang beriman. Seseorang itu juga bukan setakat beragama Islam bahkan berusaha untuk melakukan segala perintah yang diwajibkan ke atas dirinya. Kita juga perlu berusaha untuk melakukan segala amalan-amalan sunat sebagai bonus tambahan terhadap nilai keimanan kita di sisi Allah Taala.
AKIDAH
Pengangan umat Islam semuanya bermula dengan akidah. Akidah boleh diibaratkan sebagai akar pokok. Jika baik akar pokok itu, maka baiklah untuk keseluruhan pokok itu. Begitulah yang dapat digambarkan dalam diri kita. Jika Akidah dalam diri kita mantap, kukuh, dan berkeyakinan..InsyaAllah, keseluruhan hidup kita akan sentiasa dalam keadaan tenang, dilindungi, dan diredhai oleh Allah SWT.
Apa itu Akidah?
- Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
- Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
- Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Mari kita checklist pengangan akidah dalam diri kita:
1. "Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan orang lain"
'If there were, in the heavens and the earth, other gods besides God, there would have been confusion in both! but glory to God, the Lord of The Throne: (High is He) above what they attribute to Him!
'Seandainya pada keduanya (di langit dan di bumi) ada tuhan-tuhan selain Allah, tentu keduanya telah binasa. Mahasuci Allah yang memiliki 'Arsy, dari apa yang mereka sifatkan'
(SURAH AL-ANBIYA' : 22)
2. "Saya mestilah beriman bahawa tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian dengan sia-sia tanpa ada tujuan"
'Did ye than think that We had created you in jest, and that ye would not be brought back to Us (for account)?'
'Therefore exalted be God, the King, the Reality: there is no god but He, the Lord of the Throne of Honour!'
'Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?'
'Maka Mahatinggi Allah, Raja yang sebenarnya, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (yang memiliki) 'Arsy yang mulia'
(SURAH AL-MU'MINUN : 115-116)
3. "Saya mestilah percaya bahawa Allah mengutuskan rasul-rasul untuk menyempurnakan dan menyampaikan agama kepada umat manusia"
'For We assuredly sent amongst every people an apostle, (with the Command), "Serve God, and eschew Evil". of the people were some whom God guided, and some on whom error became inevitably (established). So travel through the earth, and see what was the end of those who denied (the Truth).
'Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), sembahlah Allah, dan jauhilah taghut, kemudian ada di antara mereka yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul)'
(SURAH AN-NAHL : 36)
InsyaAllah, to be continue...
Friday, 29 June 2012
Kongsi Tip : Jom Istiqamah
ISTIQAMAH dalam istilah syarak bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang kepada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.
Istiqamah dapat dicapai dengan mencapai sepuluh perkara :
Istiqamah dapat dicapai dengan mencapai sepuluh perkara :
- menjaga lisan dari membicarakan aib orang lain.
- menjauhi prasangka buruk.
- menjauhi diri dari menghina orang lain.
- memejamkan mata dari melihat perkara yang haram.
- berkata benar dalam setiap tindakan.
- menderma sebahagian harta pada jalan Allah.
- tidak terlalu berlebihan membelanjakan harta.
- tidak mencari ketinggian dan kebesaran untuk diri sendiri.
- menjaga solat lima waktu.
- teguh pendirian terhadap sunnah dan jemaah.
Tuesday, 19 June 2012
Kolej Matrikulasi Kedah
Assalamualaikum
i'm still a student! hahha. ayat yang akan zra pakai sampai 2-4 tahun akan datang. InsyaAllah.. btw, KMK ni laa yang menjadi destinasi pilihan zra untuk sambung belajar.
*Belajar kat sini dah 2 minggu baru nak habaq, hehhee..
Ok, minggu first dekat sini, macam biasalah..ada minggu orentasi yang diberi nama MPPB yang bermaksud Minggu Pengurusan Pelajar Baru. So far...so good...alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dalam MPPB ni selalu kena lari, pergi sana 'lari', pergi sini 'lari'..0oo,,letih kot! tapi zra tak kisah pon sebenarnya..kenapa?? haa..mai nak habaq, :) First, perkara yang meletihkan kita tu laa yang akan menjadi kenangan, betul tak? Second, dah lama rileks kat rumah kan..so, larian ni boleh ketatkan balik skru badan kita nie ^_^ Third, waktu orentasi ni laa mengajar kita untuk pandai "jaga/sorok/simpan" barang sendiri, kalau tak jadi macam zra laa *tertukar kasut dengan orang lain, sampai sekarang tak jumpa taw,, hee :)
ok lah,jom kita tengok gambar sepanjang MPPB 12/13 nie..
gambar2 ni di import dengan jayanya dari KMK..^_^
"Segalanya bermula disini"
i'm still a student! hahha. ayat yang akan zra pakai sampai 2-4 tahun akan datang. InsyaAllah.. btw, KMK ni laa yang menjadi destinasi pilihan zra untuk sambung belajar.
*Belajar kat sini dah 2 minggu baru nak habaq, hehhee..
Ok, minggu first dekat sini, macam biasalah..ada minggu orentasi yang diberi nama MPPB yang bermaksud Minggu Pengurusan Pelajar Baru. So far...so good...alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dalam MPPB ni selalu kena lari, pergi sana 'lari', pergi sini 'lari'..0oo,,letih kot! tapi zra tak kisah pon sebenarnya..kenapa?? haa..mai nak habaq, :) First, perkara yang meletihkan kita tu laa yang akan menjadi kenangan, betul tak? Second, dah lama rileks kat rumah kan..so, larian ni boleh ketatkan balik skru badan kita nie ^_^ Third, waktu orentasi ni laa mengajar kita untuk pandai "jaga/sorok/simpan" barang sendiri, kalau tak jadi macam zra laa *tertukar kasut dengan orang lain, sampai sekarang tak jumpa taw,, hee :)
ok lah,jom kita tengok gambar sepanjang MPPB 12/13 nie..
gambar2 ni di import dengan jayanya dari KMK..^_^
![]() |
| yg nie majlis penutup MPPB |
![]() |
| hari pendaftaran |
![]() |
| forum budaya belajar |
Doakan yang terbaik untuk pelajar-pelajar KMK 12/13 nie yea...
^_^ ^_^ ^_^
Tuesday, 8 May 2012
menegur atau menyindir?
Setiap manusia yang Allah ciptakan sama sahaja, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan masing-masing mempunyai hati dan perasaan. Adakalanya kita ketawa dan adakalanya kita sedih dan menangis. Ada juga manusia yang mudah tersinggung dan terasa hati, dan ada juga manusia yang tiada perasaan langsung. Apa yang bezanya di sini ialah bagaimana cara manusia mengawalnya.
Terasa hati? Pernahkah anda terasa hati dengan rakan-rakan anda? Bagaimana ia berlaku? Adakah teguran itu daripada golongan yang lebih baik daripada anda ataupun sebaliknya? Pernahkah anda perhatikan cara teguran mereka? Adakah teguran mereka itu secara nasihat ataupun halus dan berbaur sindiran? Saya sendiri tidak terlepas daripada disindir oleh rakan-rakan. Bukan sekali ataupun dua kali. Tetapi sudah berpuluh kali. Apa yang saya lakukan hanyalah berdiam diri.
Teguran selalunya berlaku dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Ia akan terjadi di kalangan orang yang rapat dengan kita. Ada jenis teguran secara nasihat-menasihati dan ada juga jenis teguran secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati, dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tetapi, siapakah yang sanggup menegur dengan cara menasihati?
Hanya segelintir sahaja daripada kita yang sanggup menegur secara menasihati. Selebihnya lebih suka menegur secara halus iaitu dengan cara sindiran. Ini adalah ujian yang sangat berat kepada kita terutamanya kepada golongan yang telah banyak melakukan ibadat seperti wanita-wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat juga tidak terlepas daripada perbuatan ini. Adakah mereka sudah merasakan diri mereka sudah mulia ataupun mereka melakukannya secara tidak sedar?
Saya tidak bermaksud ingin mengaibkan sesiapa, tetapi secara pemerhatian yang saya lakukan, kebanyakan daripada rakan-rakan saya boleh dikatakan daripada golongan baik-baik dan selalu menyertai usrah dan berqiamullail, apabila mereka melihat keburukan seseorang, mereka secara tidak langsung lebih suka menyindir dan mengata di belakang.
Tidakkah mereka sayang pada pahala yang mereka kumpul? Tidakkah mereka fikir akan perasaan orang lain terutama daripada golongan yang mudah terasa hati? Daripada hadis riwayat al-Hakim,
"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
Sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu (hati) serta mengusik jiwa kita. Perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu perhubungan yang telah lama terbina dan akibat daripada perbuatan buruk inilah menjadikan kebencian si penyindir membuak-buak apabila isu sensitif di besar-besarkan.
Sindiran ini juga memberi kesan negatif terhadap si penerima sindiran. Berkemungkinan si penerima sindiran pada permulaannya berdiam diri dan memendam perasaannya, tetapi apabila tiba masanya, dia akan menjadi berdendam kepada si penyindir. Pada masa inilah si penerima sindiran akan meluahkan dan mengungkit-ungkit apa yang dipendamnya selama ini.
Pepatah mengatakan, "Lidah itu tidak bertulang" tetapi disebabkan lidahlah membuak-buaknya api permusuhan manusia. Hanya disebabkan satu perkataan sahaja, membuatkan hati yang mendengarnya terluka dan sesuatu ukhuwah yang dijalinkan menjadi berantakan.
Justeru, marilah kita sama-sama mengubah diri kita, mengubah gaya hidup, saling hormat-menghormati hak sesama kita, membudayakan sifat saling nasihat-menasihati, serta menegur dengan cara yang berhikmah agar orang yang ditegur dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Tetapi, tegur itu biarlah kena pada masa dan tempatnya. Iman Syafie' berkata, "Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu." Biarlah kita menegurnya bukan di kalangan ramai orang kerana menegur di tempat ramai orang boleh menjatuhkan air muka seseorang. Kita telah memalukannya di hadapan orang ramai. Apakah perasaan kita apabila kita berada di tempat mereka? Renung-renungkanlah.
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."
HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).
HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).
Buangkanlah sifat mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Tutuplah aib mereka jika kita tidak mahu menampakkan aib kita kepada orang lain. Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang baik untuk bersama kita.
Jikalau kita asyik menyindir orang, tidak mustahil juga suatu hari nanti, orang yang kita sindir itu akan menjadi individu terbaik dan terhebat daripada kita. Pada masa itulah kita akan merasa sangat-sangat bersalah dan kesal di atas perbuatan yang kita lakukan terhadap orang yang kita sindir pada suatu ketika dahulu.
Maafkanlah dengan menerima segala kekurangan yang ada pada mereka. Al-Hasan bin Wahab berkata, "Salah satu hak berteman adalah memberi maaf di atas kesalahan yang terjadi dan tidak mencelanya." Ingatlah kebaikan orang lain terhadap kita, dan janganlah mengungkit-ungkit kebaikan kita terhadap orang lain. Maafkanlah dan lupakan setiap kesalahan yang orang lakukan terhadap kita. Dengan melupakan kejahatan orang terhadap kita, maka timbullah perasaan kasih sayang yang terpancar dalam diri dan akan menarik perhatian orang untuk menyayangi kita.
*kredit to i luv Islam
p/s: ya Allah, permudahkan aku untuk menerima dugaan dariMu ini..sedihnya,,
Thursday, 26 April 2012
Tanda-tanda awal kanser
Kanser Pangkal Rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
Kanser Payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari putting, pembesaran kelenjer di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, system pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih dalam.
Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
Kanser darah (leukimia) – letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.
Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjer membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1. Makanan
2. Tembakau
3. Alkohol
4. Radiasi
5. Sinaran cahaya matahari
6. Pekerjaan
7. Pengambilan ubat
8. Pencemaran air dan udara
9. Perokok yang aktif
10. Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di Negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.
Teh juga mempergiatkan enzim system “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
1. Hindari makanan berlemak dan bergoreng.
2. Hindari makanan ringan yang masam.
3. Kurangkan minum kopi dan minuman bergas.
4. Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin.
5. Ambil makanan mengandungi vitamin E, B6, dan evening primrose oil.
Wednesday, 25 April 2012
cik paris diva kampung,,
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
kredit to: i luv Islam
hanya kerana 10 sen
kredit to: i luv Islam
"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab." (Surah Ali-Imran, 37)
semoga berjaya!!
Wahai perempuan yang bergelar MUSLIMAH
Semoga berjaya,
menjadi
gadis mulia,
semulia
diri Maryam.
Semoga
berjaya,
menjadi
wanita faqihah,
sebijak
minda Aisyah.
Semoga
berjaya,
menjadi
perempuan tabah,
sekukuh
hati Asiah.
Semoga
berjaya,
menjadi
srikandi kebanggaan,
sehebat
jiwa Sumayyah.
Semoga
berjaya,
menjadi
perhiasan indah,
seanggun
akhlak Rabiatul Adawiyah.
Semoga
berjaya,
menjadi
perhiasan indah,
setulus
kasih Khadijah.
"Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang mencari cintaMu. Perbaikilah diriku supaya menjadi wanita Muslimah"
Friday, 16 March 2012
happy birthday!!!!
birthday spa??
jeng,jeng,jeng....*_^
alhamdulillah, umo dah 18 tahun yee....*makin tua aka matang, hee..
nak nyanyi ckit laa,,jum2..
Allah selamatkan zra...
Allah selamatkan zra...
Allah selamatkan A..zi..ra..
Allah selamatkan zra...
happy bfday to me...
happy bfday to me...
happy bfday, happy bfday...
happy bfday toooo meeee..
lagu versi arab, zra lupa pulak..
so, dah tahu kan.."happy birthday to me!" *nyanyi utk diri sendiri..
alhamdulillah,,bersyukur pd Allah...dipanjangkan umo oleh Allah..
bila umo makin meningkat, amal kebajikan pon kena meningkat juga untuk bekalan di masa akhirat..
*Apabila bertambah umur seseorang itu, makin dekatlah ia dengan kematian*
btoi x??
renung2kan..
wish zra untuk birthday tahun nie :
1. zra berharap d'berikan ketenangan oleh Allah pd hari keputusan spm dikeluarkan..
2. Moga diri ini menjadi seorang insan yang lebih baik akhlaknya, tingkah lakunya, percakapannya, perbuatannya agar sentiasa berada dalam perlindungan dan kasih sayang Allah.
3. Moga dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan di muka bumi ini dan lebih2 lagi urusan di akhirat kelak.
banyak lagi wish list zra..
tp, xbley laa nak kongsikan kt kgkwn suma *^_^*
maaf ye,,
akhir kalam,,
terima kasih banyak2 buat family, kakak2, abang2, kgkawan, adeq2 suma yang wish birthday kt zra..
may Allah bless you all!!
syukran,,kasahamida!!
Pembuka Jalan-Jalan Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai kasih sayang terhadap binatang, maksudnya :
"Seorang lelaki turun ke sumur untuk minum. Ternyata di mulut sumur berdiri seekor anjing yang sedang menjulur-julurkan lidahnya kerana haus. Maka ia ambil salah satu kasutnya untuk menceduk air, untuk memberi minum kepada anjing, kerana ia hiba. Maka Allah bersyukur kepadanya, lalu memasukkannya ke syurga!"
(Riwayat Ibnu Hibban, Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
"Seorang lelaki turun ke sumur untuk minum. Ternyata di mulut sumur berdiri seekor anjing yang sedang menjulur-julurkan lidahnya kerana haus. Maka ia ambil salah satu kasutnya untuk menceduk air, untuk memberi minum kepada anjing, kerana ia hiba. Maka Allah bersyukur kepadanya, lalu memasukkannya ke syurga!"
(Riwayat Ibnu Hibban, Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Wednesday, 29 February 2012
sekilas . . . DIET
berat badan naek! gemoknya! x muat dah baju nie! bla bla bla...
macam2 brain messenger lalu dalam fikiran gulz kan,,
bohong laa klo zra cakap gulz nie x pernah fikir tentang diet, btoi x?
diet nie bukannya untuk kuruskan badan saja..tp, ia adalah untuk mengawal pemakanan harian kita supaya seimbang dengan keperluan badan..
haa,itu yang penting,, kesihatan kena jaga ye, kawan2!!
makanan seimbang itu apa?
MAKANAN SEIMBANG bermaksud makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan ole badan kita iaitu sekurang-kurangnya 40 jenis nutrien. Antara contoh nutrien ialah lemak, kolesterol, sodium, kalori, serat, protien dan lain2 lagi..
KIWI SANGAT BANYAK KHASIATNYA. Serotonin dalam buah kiwi mampu menenangkan, karotin, antioksidan termasuk vitamin C dan E yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol baik (HDL).
TIDUR YANG CUKUP membuatkan kamu kurang makan. Penelitian dari University of Chicago baru-baru ini merumuskan bahawa metabolisme wanita meningkat 40% jika mereka tidur dengan cukup.
BUAT CATATAN ketika membeli-belah bagi mengelakkan pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Pastikan makanan ringan tiada dalam senarai ya!
BUAT SENAMAN AEROBIK empat hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.
MAKAN DALAM KUANTITI KECIL tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila anda memasukkan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
TIDAK SEMUA KALORI SAMA. Nasi Vs ubi dengan jumlah kalori yang sama namun nasi lebih menggemukkan. Jika anda sedang berdiet, makanlah makanan yang berserat tinggi.
ORANG YANG KEKAL KURUS dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses dan proses pencernaan yang mudah. Ia berlaku dengan cepat bagi mendapatkan tenaga, manakala induvidu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerana ia tetap bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.
BERLARI akan membakar gula. Lemak hanya dibakar ketika jalan cepat iaitu kira-kira 65-70%.
KURANGKAN makan makanan ringan dan aiskrim kerana ia membuatkan kamu ketangih untuk mengunyah.
psssts : zra dapat adeq baru,,comey,,nak tahu x? nanti kita jumpa lagi yer..
macam2 brain messenger lalu dalam fikiran gulz kan,,
bohong laa klo zra cakap gulz nie x pernah fikir tentang diet, btoi x?
diet nie bukannya untuk kuruskan badan saja..tp, ia adalah untuk mengawal pemakanan harian kita supaya seimbang dengan keperluan badan..
haa,itu yang penting,, kesihatan kena jaga ye, kawan2!!
makanan seimbang itu apa?
MAKANAN SEIMBANG bermaksud makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan ole badan kita iaitu sekurang-kurangnya 40 jenis nutrien. Antara contoh nutrien ialah lemak, kolesterol, sodium, kalori, serat, protien dan lain2 lagi..
KIWI SANGAT BANYAK KHASIATNYA. Serotonin dalam buah kiwi mampu menenangkan, karotin, antioksidan termasuk vitamin C dan E yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol baik (HDL).
TIDUR YANG CUKUP membuatkan kamu kurang makan. Penelitian dari University of Chicago baru-baru ini merumuskan bahawa metabolisme wanita meningkat 40% jika mereka tidur dengan cukup.
BUAT CATATAN ketika membeli-belah bagi mengelakkan pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Pastikan makanan ringan tiada dalam senarai ya!
BUAT SENAMAN AEROBIK empat hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.
MAKAN DALAM KUANTITI KECIL tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila anda memasukkan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
TIDAK SEMUA KALORI SAMA. Nasi Vs ubi dengan jumlah kalori yang sama namun nasi lebih menggemukkan. Jika anda sedang berdiet, makanlah makanan yang berserat tinggi.
ORANG YANG KEKAL KURUS dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses dan proses pencernaan yang mudah. Ia berlaku dengan cepat bagi mendapatkan tenaga, manakala induvidu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerana ia tetap bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.
BERLARI akan membakar gula. Lemak hanya dibakar ketika jalan cepat iaitu kira-kira 65-70%.
KURANGKAN makan makanan ringan dan aiskrim kerana ia membuatkan kamu ketangih untuk mengunyah.
psssts : zra dapat adeq baru,,comey,,nak tahu x? nanti kita jumpa lagi yer..
Sunday, 19 February 2012
perlu ke, wanita mencari JODOH???
eh, macam mana nie??
nanti orang kata perigi mencari timba pulak kan..
hikhik...tapi, zaman sekarang nie orang dah x kisah dah..betul ke??
yaa,wanita juga perlu berusaha!!!...tapi bagaimana caranya?
haa,jom zra kongsikan bersama tips utk mencari jodoh khas utk gadis2 di luar sana...
nanti orang kata perigi mencari timba pulak kan..
hikhik...tapi, zaman sekarang nie orang dah x kisah dah..betul ke??
yaa,wanita juga perlu berusaha!!!...tapi bagaimana caranya?
haa,jom zra kongsikan bersama tips utk mencari jodoh khas utk gadis2 di luar sana...
- Berusaha untuk menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan di pinang dengan jalan yang syarak. *bak kata org2 "ku pinang kau dengan bismillah",,sweetnya...
- Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.
- Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
- Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.
- Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.
- Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
p/s : insyaAllah,,sama2lah kita berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik budi pekertinya..info nie zra petik daripada novel 'Denyut Kasih Medik' hasil karya Dr. Farhan Hadi..penuh informasi dan inspirasi untuk kgkawan yang ingin menjadi seorang doktor,,boleh dapatkan dipasaran ye!!
Sunday, 12 February 2012
Selidiki Personaliti Anda Melalui Tulisan
assalamualaikum..
Cuba kawan-kawan perhatikan bentuk tulisan korang, setelah itu sila selidik personaliti korang melalui guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah.Zra dah pun cuba dan keputusannya amat tepat sekali.hehe...![]() |
| Dato' Haji Fadzilah Kamsah |
Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)
Kedua: Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)
Ketiga: Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat: Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
| tulisan spa ntah?? *lirik lgu a thousand years haa,,apa personaliti anda pulak!! |
Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.
ok,,selamat menilai dan praktis tulisan baru!!
*ok x tulisan zra??,,lepas ny kna tulis rapat2 ckit laa...
ok,,selamat menilai dan praktis tulisan baru!!
*ok x tulisan zra??,,lepas ny kna tulis rapat2 ckit laa...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



















