CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 27 August 2011

Orang yang Mencintai Allah

Orang yang mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh-kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar-benar menghayati cintanya kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepada-Nya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah
tarbiah daripada-Nya

Orang yang benar-benar mencintai Ilahi
Juga harapkan kebahgiaan di dunia
Tetapi jika tidak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan 'di sana'
Kerana dunia ini hanya pinjaman
Dan dirinya hanya 'barang pinjaman'
Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini.

Hasil Nukilan :
Naurah Musyahidah

Friday, 26 August 2011

CIKGU berkasut kain putih

Pagi itu hari Selasa, untuk sesi kelas pertama, Cikgu Bahar berjalan masuk dengan berwajah muram. Murid-murid Tingkatan 4 Kelisa bangun memberi salam. Mereka pelik melihat wajah Cikgu Bahar yang muram. Tidak pernah sebelum ini mereka melihat wajah Cikgu Bahar begitu.
   Selepas memberi salam, mereka memandang sesama sendiri sambil menjeling-jeling ke arah kasut Cikgu Bahar. Ye! Cikgu Bahar pakai kasut kain putih, macam kasut untuk murid sekolah! Tetapi oleh kerana Cikgu Bahar terkenal sebagai seorang guru yang garang, jadi tiadalah mereka mengeluarkan apa-apa suara, sekadar menunjuk menggunakan muncung bibir sahaja.
   Seperti biasa, Cikgu Bahar mengajar dengan tenang walaupun sesekali melihat-lihat akan kasutnya yang unik. Dia tahu murid-muridnya juga mesti tertanya-tanya kenapa dia berkasut begitu.
   Dalam masa yang sama, dua orang murid, Salim dan Rosdan memandang sesama sendiri sambil tersenyum puas. Kedua-duanya teringat semula apa yang berlaku tengah malam tadi. Merekalah yang secara bersembunyi telah mencuri kasut kulit Cikgu Bahar di rumahnya.
   Mereka buat begitu bukanlah kerana ingin menjual kasut tersebut. Mereka hendak membalas dendam di atas pemberian 'hadiah' rotan Cikgu Bahar pada hari semalam kerana bermain sehingga patah sebuah kerusi kelas dengan sengaja.
   Tiba-tiba Cikgu Bahar berkata, "Dah tiba masanya untuk saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pencuri kasut saya. Syabas kerana kebijaksanaan kamu, saya tidak perlu bersusah payah meminta James Bond untuk menyiasat."
   Cikgu Bahar membuka kasut kain putih yang dipakainya. Diangkat tinggi sambil menunjukkan tulisan yang terdapat dalam kasut. Ia tertulis, 'SALIM 4 KELISA'. Rupa-rupanya Salim meninggalkan kasutnya di tempat kasut Cikgu Bahar yang dicurinya!
    Rosdan memandang Salim sambil berkata perlahan, "Apahal kau pandai sangat tinggalkan kasut sekolah kau? Lain kali tinggalkan mak ayah engkau sekali kat situ! Aduh...parah!"
   Bagi kita yang membaca, hindarkan perasaan dendam dari dalam jiwa kita dan akuilah kalau melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan melakukan perkara yang sama. Ikhlas dalam membuat janji jika tidak mahu dikaitkan dengan munafik. 


Andainya Rasulullah Masih Ada...

INGIN SEKALI MENDENGAR GURAUANNYA

Kisah 1 :
Anas b. Malik r.a. berkata : "Suatu hari Zahir - seorang lelaki kampung (Badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, 'Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.' Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.
   Suatu ketika, Rasulullah s.a.w. menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata, 'Siapa ini? Lepaskan aku! Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w. Dengan itu, Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih, Rasulullah s.a.w. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, 'Siapakah yang ingin membeli budak ini?' "
  • (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...