Kisah tentang larangan berjilbab bagi anak muda dari seorang ibu..
Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia bersendirian di biliknya melepaskan lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul-betul meletihkan. Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari bilik dinding, sayup-sayup terdenganr perbualan jirannya seorang ibu tua dengan anaknya...
Anak : Ibu...
Ibu : Hhmm?
Anak : BU!
Ibu : APA?
Anak : Mmm,anu...tadi saya ke masjid dengar ceramah...Ibu, dengarlah ni..!
Ibu : IYA! Ibu dengar. Cakap ajelah. kan Ibu tengah sibuk masukkan benang ke dalam jarum ni.
Susah pulak rasanya. Agaknya mata Ibu sudah rabun...
Anak : BU!
Ibu : Apa dia? cakap ajelah, yang...
Anak : Tadi di masjid ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya
nak pakai jilbab. Boleh tak, Bu?
Ibu : Jangan...
Pemuda dari bilik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.
Anak : Tapi, tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya nak pakai jilbab?
Ibu : Kan Ibu kata JANGAN...
Anak : Tapi Bu..bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat
menjaga maruah dan harga diri saya..betul tak Bu..? Bolehlah Bu..
Ibu : TIDAK!
Anak : Kenapa? atau Ibu terpengaruh sama dengan cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab
itu bukan budaya Arab, itu syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang
diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini saja.
Ibu : Iya, iya, Ibu faham tu. Tapi Ibu kata JANGAN!
Anak: Jdi Ibu melarang saya laa nih..Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata
apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang orang tua itu meyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan, jangan, JANGAN!!
Anak: WALAU APAPUN JADI ESOK, SAYA TETAP NAK PAKAI JILBAB.
MUKTAMAD!
Ibu : JANGAN!!
Anak: JILBAB!!
Ibu : J A N G A N!!!
Anak: J I L B A A A A A A B!!!
Pemuda itu sudah tidak dapat menahan keinginannya, Ia terus keluar dari bilik untuk bertemu dengan ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk...namun terdengar lagi kata-kata si ibu...
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN..JANGANLAH! KAMUKAN ANAK LAKI-LAKI...
Pemuda, si jiran sebelah pun berlalu..denagn langkah yang longlai (hehehe, seriusnya membaca,,kite pun terkena jugakk..)
Tuesday, 31 January 2012
Thursday, 19 January 2012
latihan wajah untuk kulit menawan
assalamualaikum..
hye kawan2, dah lama zra xupdate blog ny..bersawang dah pon..*teethsmile*,hehhhee
zra nk kongsikan entry baek punya iaitu cara2 latihan senam wajah..
mesti ada yg dah tahukan,xpe2..zra khaskan utk kwn2 yg masih xthu lgi..
haaah,spa nak kulit muka dy halus, licin, menawan n berseri..plezz put ur hands up!!
sebelum 2,,j0m kita baca sedikit info mengenai senaman ny..
- bertujuan utk menghaluskan kulit
- menghilangkan garis2 kedutan di kulit
- menegangkan semula otot2 muka
- anti penuaan n awet muda
jadi tunggu apa lagi? j0m kita cuba...
- DAHI- Tempatkan jari telunjuk tepat di atas mata dan tarik ke bawah mata sambil mengangkat alis. Latihan ini mampu menegangkan kulit dahi. Ulangi ini sebanyak sepuluh kali.
- BIBIR- Hisap jari sekeras mungkin dan dengan pelahan-lahan melepaskannya. Ulangi latihan ini sebanyak sepuluh kali. Latihan wajah ini akan membuatkan bibir tegang dan mungil.
- MATA- Duduk dengan mata tertutup dan bertenang. Sambil memejamkan mata, lihat ke bawah dan keatas sejauh mungkin. Ulangi latihan senam mata ini sebanyak sepuluh hingga lima belas kali.
- PIPI- Ambil jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan bawa jari2 tersebut ke pipi dan mendorongnya ke dalam. Pada masa yg sama, angkat pipi dgn senyum selebar yg mungkin.
- LEHER DAN DAGU- Duduk lurus dan pusingkan leher ke belakang sambil menatap langit2. Tutup bibir dan tenang. Gerakkan bibir bawah ke bibir atas sejauh mungkin dan tahan sehingga ke hitungan yang kesepuluh. Santai dan ulangi sebanyak sepuluh kali.
![]() |
| hisap jari mcm ny... |
![]() |
| tenangkan diri.. |
![]() |
| senyum lebo-lebo |
![]() |
| haha,gerakkan bibir anda |
eh,,nanti dulu! ada lagi info utk korang renggangkan balik otot2 wajah selepas lakukan senaman ny..
- Buka bibir selebar mungkin. Rasakan pipi, dagu dan bibir merenggang. Tahan dan lepaskan dan ulang lagi. Latihan ini utk mengemas otot2 wajah, meningkatkan sirkulasi dan mengurangi ketegangan serta stres.
- Tarik nafas dalam2 dan kemudian hembus nafas sekali gus sambil membuka mulut lebar2 dan jelirkan lidah sejauh mungkin. Buka mata dan lihat ke atas. Ini membantu utk mengurangkan ketegangan di wajah dan leher, meningkatkan aliran darah dibawah kulit dan merangsang mata.
- Cubit pipi kamu dan urut perlahan-lahan. Ini meningkatkan perlajanan darah.
![]() |
| mcm ny pon xpa.. |
![]() |
| tarik nafas dalam2.. |
...semoga terhibur dan berhasil yee...
Thursday, 5 January 2012
Cinta Menurut Hassan al-Banna
klik tuk besarkan
klik utk besarkan
Assalamualaikum wbt.
Kali ni saya nak berbicara tentang cinta. Semua orang kat dunia ni bercerita tentang cinta kat mana-mana and tiap masa ada je update tentang cinta. Tapi semua tu tak menarik perhatian saya. Saya terbaca dalam "Detik-Detik Hidupku Hassan al-Banna" halaman 40 :
‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan
satu soalan yang menarik,
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"
Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."
Saya pun tersenyum juga membaca jawapan al-Banna ini =)...Jawapan yang genius sekali.
Indah kan bila banyak kata-kata indah dan janji manis dipendamkan dan disimpan elok-elok untuk diluahkan kepada yang berhak yang sudah sah menjadi milikmu. :)
Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan untuk kali yang keseterusnya. Jadi, luah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta :)
Baik, itu sahajalah dari saya kali ini, jumpa lagi jika saya dipanjangkan umur lagi.
sumber dari: rusydee artz
♥ Pergilah Cinta ♥
بسم الله الرحمن الرحيم
Pergilah cinta..
Hadirnya cinta hanya memberi gundah
Mengundang jiwa menjadi gelisah
Membuat hati yang tenang jadi tak tenteram
Membuahkan penyakit dalam diam
Menjadikan kita sakit dalam sihat
Pergilah cinta..
Walau terkadang hati berbunga riang
Namun nestapanya tetap ada
Menyesakkan dada dengan pelbagai gambaran
Hati menjadi sakit dek penangan cinta
Kenapakah mesti aku jatuh cinta?
Pergilah cinta..
Tidak mahu hati ini diasak dengan cinta
Cinta yang belum pernah pasti kesudahannya
Hati ini tidak menginginkannya
Jangan diketuk hati kosong itu dengan cinta
Kerana cinta boleh membuat hati merana!
Pergilah cinta..
Walaupun cinta itu fitrah
Tidak mahu hati ini dikotorkan dengan cinta
Cinta yang hanya dipenuhi nafsu dan angan-angan
Yang tidak tahu kemana hala
Yang hati ini mahu cinta daripadaNya..
Pergilah cinta..
Hati ini belum bersedia untuk menerima cinta
Jangan pernah sesekali diketuk hati ini
Kerana hati ini tidak rela untuk diisi oleh cinta
Hati ini mahu diisi dengan cahaya cinta yang hakiki
Yang datang daripada kalam-kalam suci daripadaNya..
Pergilah cinta..
Pergilah cinta manusia..
Pergilah cinta manusia adam..
Pergilah cinta manusia hawa..
Bukan saatnya lagi untuk kamu datang
Kerana tidak mahu kelazatan cintaku bersamaNya terhapus!
Ya Allah,
jangan pernah kau izinkan hati ini
mencintai sesiapa pun..
Sebelum tiba kadar waktunya..
Dan jangan pernah kau
Jeratkan kasih anak Adam
Terhadap diriku kiranya belum tiba masanya..
Aku ingin menuntut cinta yang suci dariMu Tuhanku..
Sesudah itu, aku menerima sesiapa saja
Yang Kau ciptakan untukku..
coretan dari : http://musafircintaIlahi.blogspot.com/
Tuesday, 3 January 2012
hAppeNiNg...
Subscribe to:
Posts (Atom)




















