CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 29 February 2012

sekilas . . . DIET

berat badan naek! gemoknya! x muat dah baju nie! bla bla bla...
macam2 brain messenger lalu dalam fikiran gulz kan,,
bohong laa klo zra cakap gulz nie x pernah fikir tentang diet, btoi x?
diet nie bukannya untuk kuruskan badan saja..tp, ia adalah untuk mengawal pemakanan harian kita supaya seimbang dengan keperluan badan..
haa,itu yang penting,, kesihatan kena jaga ye, kawan2!!



makanan seimbang itu apa?
MAKANAN SEIMBANG bermaksud makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan ole badan kita iaitu sekurang-kurangnya 40 jenis nutrien. Antara contoh nutrien ialah lemak, kolesterol, sodium, kalori, serat, protien dan lain2 lagi..


KIWI SANGAT BANYAK KHASIATNYA. Serotonin dalam buah kiwi mampu menenangkan, karotin, antioksidan termasuk vitamin C dan E yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol baik (HDL).


TIDUR YANG CUKUP membuatkan kamu kurang makan. Penelitian dari University of Chicago baru-baru ini merumuskan bahawa metabolisme wanita meningkat 40% jika mereka tidur dengan cukup.


BUAT CATATAN ketika membeli-belah bagi mengelakkan pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Pastikan makanan ringan tiada dalam senarai ya!


BUAT SENAMAN AEROBIK empat hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.


MAKAN DALAM KUANTITI KECIL tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila anda memasukkan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.


TIDAK SEMUA KALORI SAMA. Nasi Vs ubi dengan jumlah kalori yang sama namun nasi lebih menggemukkan. Jika anda sedang berdiet, makanlah makanan yang berserat tinggi.


ORANG YANG KEKAL KURUS dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses dan proses pencernaan yang mudah. Ia berlaku dengan cepat bagi mendapatkan tenaga, manakala induvidu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerana ia tetap bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.


BERLARI akan membakar gula. Lemak hanya dibakar ketika jalan cepat iaitu kira-kira 65-70%.


KURANGKAN makan makanan ringan dan aiskrim kerana ia membuatkan kamu ketangih untuk mengunyah.





psssts : zra dapat adeq baru,,comey,,nak tahu x? nanti kita jumpa lagi yer..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...