CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 8 February 2012

you're such a busy body, dude!!!

"Pada mulanya, korang merasakan sikap kawan korang nie sekadar untuk mengambil berat. Yelah, asyik-asyik tanya fasal urusan peribadi korang. Kalau setakat bertanya khabar, itu tidak mengapa, sebaliknya selalu datang ke rumah untuk mengetahui apa yang korang lakukan."

haa,,tu adalah petikan yg zra petik dari majalah yezz!
hurmm...itu tandanya privacy diri korang mula terancam. So, what you're gonna do?
kgkadang, x semua hal diri kita boleh dikongsikan dgn kawan2..
especially,kawan yang masih belum kita kenal hati budi dy macam mana..
takot2,,privacy korang dah jadi bualan orang ramai...oppst! *mesti sdey sgt2...
tapi ingat!!
janganlah korang sekali-kali bersangka buruk terhadap kgkawan tw,,
juz perlu berhati-hati..
ok,,jum! zra ingin berkongsi...

5 kategori teman

Kenalan
Kawan jenis ini selalunya suka bergaul di sana-sini. Kawan jenis ini merupakan sekelompok kumpulan yang paling besar dalam kumpulan sebab kenalan juga mempunyai sub-jenis kawan.
Meskipun ada di kalangan kenalan korang nie yang jarang berjumpa, namun jangan memperlakukan sesuka hati terhadap mereka. Memadai sekadar bersikap biasa-biasa saja dengan kawan jenis ini, tidak terlalu akrab dan tidaklah terlalu sombong.


Kawan tikam belakang
"Kawan tapi 'gitu-gitu jer'. Komen sebegitu agak jarang kedengaran. Meskipun korang mempunyai kawan jenis begini, tapi sebenarnya dia nie musuh dalam selimut jugak tau!
Di hadapan korang, dia berlagak baik dan tidak ada apa berlaku. Tetapi bila di belakang korang, dia bercerita tidak baik tentang korang.
Ish, teruknya!
Alahai, pendek kata nama yang sesuai untuknya ialah 'bakstabber'. Jadi kawan yang jenis nie yang korang perlu hindari. Masa depan korang boleh terancam jika masih meneruskan persahabatan.

Teman sepermainan

Kawan jenis nie memang selalu diajak bergurau. Selalu sahaja tidak serius dalam persahabatan. Kalau setakat keluar bersama-sama itu tidak menjadi masalah. Tapi kalau ada kisah sedih yang ingin dikongsi, usahlah bercerita kepadanya.

Sahabat
Korang memang rapat dengan kawan jenis ini sebab selalu habiskan masa bersama. Kalian juga sering menghabiskan masa melakukan hobi bersama dan lepak bersama-sama. Pendek kata, korang dan sahabat sudah mengenali diri masing-masing antara satu sama lain.
Jadi, tidak perlu risau jika korang tidak ada tempat untuk mengadu kerana sahabat juga boleh menjadi pendengar setia kisah sedih korang itu.


BFF
"They are my VIPs in my life." BFF atau istilah panjangnya Bestfriend Forever adalah salah seorang dari orang-orang yang penting dalam hidup gurlz and boyz. Tetapi, untuk mencari BFF bukan semudah ABC, ya!
Salah satu syarat untuk menjadi BFF ialah tempoh perkenalan korang yang sangat lama sehingga sudah masak akan perangai baik dan buruk korang. Selain itu, korang juga sering berkongsi rahsia dengan BFF. Itu yang membuatkan korang senang berkawan dengannya... boleh simpan rahsia.

p/s: kalau salah memilih, nahas hidup korang. Silap hari bulan boleh membuatkan masa depan korang tenggelam dek kerana hasutan si teman. Jadi, jaga-jaga kalau mahu berkawan, ya!
Cintailah sahabat, kawan dan teman semata-mata kerana ALLAH,,bukan sekadar mengharapkan balasan yang tertentu...ingat ye!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...